Your Order (0 Item)

Your cart is currently empty!

You may check out all the available products and buy some in the shop.

Landing Page Profesional Tanpa Perlu Design & Setup Dari Kosong

Landing page siap guna yang dibina khas mengikut niche bisnes anda. Lengkap dengan custom design, copywriting, gambar, blog SEO, mobile responsive dan complete setup supaya website anda boleh siap lebih cepat.

  • Custom Design
  • Harga Mampu Milik
  • SEO Optimized

Semua Yang Anda Perlukan Dalam Satu Landing Page

Anda tak perlu fikir design, copywriting atau susunan landing page. Semuanya telah siap dibina supaya anda boleh terus gunakan untuk bisnes anda.

Custom Theme

Landing page dibina menggunakan custom WordPress theme kami sendiri untuk prestasi yang lebih baik dan bukan AI-generated template.

Layout Professional

Setiap section disusun secara strategik untuk membina kepercayaan pelanggan, memudahkan mereka memahami servis atau produk anda.

WordPress + Elementor

Dibina menggunakan WordPress dan Elementor supaya landing page mudah dikemaskini tanpa perlu tahu coding.

SEO Copywriting

Copywriting telah siap ditulis mengikut niche bisnes supaya landing page lebih profesional dan lebih mesra SEO.

SEO Optimized

Menggunakan struktur website yang mesra SEO untuk membantu meningkatkan visibility di Google dalam jangka masa panjang.

Theme Options Panel

Kemaskini logo, nombor WhatsApp, alamat, waktu operasi dan maklumat bisnes dengan mudah melalui Theme Options Panel.

SEO Blog Content

Lengkap dengan artikel blog SEO untuk menguatkan on-page SEO dan membantu meningkatkan visibility website di Google.

Mobile Responsive

Landing Page yang responsive supaya website kelihatan kemas dan berfungsi dengan baik di desktop, tablet dan telefon pintar.

Sokongan Bahasa

Sokong Bahasa Melayu dan English menggunakan Google Translate untuk memudahkan lebih ramai pelanggan melayari website anda.

Tingkatkan Kepercayaan

Menggunakan struktur landing page yang membantu meningkatkan keyakinan pelanggan dan menggalakkan lebih banyak WhatsApp enquiries.

Complete Setup

Kami akan install WordPress, setup Elementor dan sediakan landing page pada domain serta hosting anda sehingga sedia digunakan.

Video Tutorial

Disertakan video tutorial untuk kemaskini maklumat dan urus landing page anda dengan lebih mudah.

Hanya 4 Langkah Untuk Miliki Landing Page Anda

Proses yang mudah daripada pembelian sehingga landing page anda siap digunakan.

Langkah 1

Pilih Landing Page

Anda boleh pilih design landing page yang tersedia yang paling sesuai dengan niche bisnes anda.

Langkah 2

Buat Pembelian

Lengkapkan pembayaran dan hantar logo serta maklumat bisnes anda seperti nombor WhatsApp, link social media dan sebagainya.

Langkah 3

Kami Setup Semuanya

Kami akan install WordPress, setup landing page dan lengkapkan semua konfigurasi pada domain serta hosting anda.

Langkah 4

Siap & Sedia Digunakan

Semak hasil akhir, minta revision jika perlu dan landing page anda sedia digunakan dan anda boleh mula buat ads.

Soalan-Soalan Lazim

Jimat masa, jimat kos dan tak perlu pening fikir design, copywriting atau setup website dari kosong.

Apa yang kami tawarkan?

Kami menyediakan landing page WordPress yang dibina khas mengikut niche bisnes. Setiap landing page lengkap dengan custom design, copywriting, gambar, artikel blog dan siap untuk digunakan.

Apa itu landing page?

Landing page ialah website 1 halaman (Single Page) yang direka untuk mempromosikan produk atau servis dengan lebih fokus dan membantu meningkatkan pertanyaan atau jualan.

Siapa yang sesuai menggunakan landing page ini?

Sesuai untuk pemilik bisnes, freelancer, ejen hartanah, ejen takaful, sales advisor, restoran, travel dan pelbagai lagi yang ingin memiliki website profesional yang lengkap dengan cepat.

Adakah saya boleh melihat demo sebelum membeli?

Ya. Setiap landing page disertakan dengan Live Preview supaya anda boleh melihat design dan susunan kandungan sebelum membuat pembelian.

Berapa harga landing page?

Harga biasa ialah RM590, namun buat masa ini anda boleh mendapatkannya pada harga promosi RM490. Tempoh promosi akan dimaklumkan pada halaman produk.

Adakah saya boleh mengubah kandungan selepas website siap?

Ya. Anda boleh mengemaskini logo, gambar, nombor WhatsApp dan kandungan menggunakan WordPress serta Elementor. Video tutorial turut disediakan sebagai panduan.

Adakah domain dan hosting termasuk?

Tidak. Domain dan hosting tidak termasuk dalam pakej. Anda hanya perlu menyediakannya, dan kami akan membantu proses setup website.

Berapa lama proses menyiapkan website?

Tempoh siap bergantung kepada giliran tempahan dan kelengkapan maklumat yang diberikan. Kami akan memaklumkan kepada anda apabila website siap untuk disemak. Kebiasanya dalam tempoh 3 hari bekerja.

Adakah saya boleh meminta design yang berbeza?

Boleh. Jika design sedia ada tidak memenuhi keperluan anda, kami juga menyediakan servis custom design mengikut keperluan dengan caj yang berasingan.

Bagaimana saya boleh mula?

Pilih landing page yang sesuai dengan niche bisnes anda, buat pembelian dan hantarkan maklumat yang diperlukan. Kami akan menguruskan proses setup sehingga website anda siap digunakan.