Pesanan Anda 0

Pesanan anda masih kosong!

Pilih landing page profesional yang sesuai untuk bisnes anda.

Terma & Syarat

Bahasa Melayu

Kemaskini Terakhir: 7 Ogos 2026

Terma & Syarat ini mengawal penggunaan laman web Jaring Digital serta pembelian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web ini. Dengan membuat pembelian, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.

1. Mengenai Produk

Jaring Digital menyediakan ready-made WordPress landing page yang direka mengikut niche bisnes tertentu. Produk yang ditawarkan adalah landing page satu halaman (single page) dan bukan website corporate atau website multi-page penuh. Setiap landing page mungkin mempunyai struktur susunan, design, kandungan dan fungsi yang berbeza bergantung kepada produk (jenis perniagaan/servis) yang dipilih.

2. Skop Pakej

Pakej landing page merangkumi perkara yang dinyatakan pada halaman produk.

Secara umum, pakej mungkin merangkumi:

  • Custom WordPress theme
  • Design landing page
  • WordPress + Elementor
  • SEO copywriting
  • Gambar janaan AI berkaitan
  • Blog
  • Theme Options Panel
  • Mobile responsive design

Setup landing page pada domain dan hosting pelanggan

Sila rujuk penerangan produk dan FAQ sebelum membuat pembelian untuk mengetahui skop sebenar produk yang dipilih.

3. Domain & Hosting

Domain dan hosting tidak termasuk dalam harga landing page kecuali dinyatakan sebaliknya pada halaman produk.

Pelanggan perlu menyediakan domain dan hosting sendiri.

Sekiranya pelanggan meminta pihak Jaring Digital membantu menyediakan domain atau hosting, sebarang kos berkaitan akan dimaklumkan terlebih dahulu.

Jika domain didaftarkan bagi pihak pelanggan, pemilikan domain akan didaftarkan menggunakan nama, e-mel dan nombor telefon pelanggan.

Jaring Digital tidak akan mendaftarkan domain tersebut atas nama atau maklumat milik pihak kami.

4. Website Adalah Single Page

Landing page yang dibeli adalah untuk satu halaman sahaja.

Sekiranya pelanggan ingin menambah halaman lain seperti:

  • About Us
  • Services
  • Contact
  • Portfolio
  • FAQ
  • atau halaman lain

caj tambahan mungkin dikenakan bergantung kepada jenis halaman dan kerja yang diperlukan.

5. Setup Website

Landing page yang ditawarkan bukan produk auto-install.

Semua pemasangan dan konfigurasi akan dilakukan secara manual oleh pihak Jaring Digital bagi memastikan landing page dipasang dan dikonfigurasikan dengan betul sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Pelanggan perlu menyediakan akses yang diperlukan seperti hosting, WordPress atau maklumat lain yang diminta bagi membolehkan proses setup dijalankan.

6. Maklumat Dan Bahan Daripada Pelanggan

Pelanggan bertanggungjawab menyediakan maklumat dan bahan yang diperlukan untuk proses setup seperti:

  • Logo
  • Gambar
  • Maklumat syarikat
  • Maklumat produk atau servis
  • Nombor telefon
  • Nombor WhatsApp
  • Alamat
  • Social media
  • Maklumat lain yang berkaitan

Sekiranya pelanggan tidak mempunyai logo atau bahan tertentu, pihak Jaring Digital boleh menggunakan bahan sementara atau bahan yang sesuai berdasarkan skop produk.

Sebarang kerja tambahan seperti menghasilkan logo, mengedit gambar atau menghasilkan bahan grafik baharu mungkin dikenakan caj tambahan.

7. Revision

Pelanggan akan diberikan 3 kali revision percuma untuk:

  • Perubahan copywriting
  • Penukaran gambar

Revision percuma tidak termasuk major changes kepada design atau struktur landing page.

Contoh kerja yang tidak termasuk dalam revision percuma:

  • Menukar keseluruhan layout
  • Mengubah design utama
  • Menambah section baharu
  • Menambah halaman baharu
  • Menambah fungsi baharu
  • Mengubah struktur website secara besar-besaran

Kerja tambahan akan dikenakan caj berdasarkan skop kerja.

8. Edit Gambar

Harga landing page tidak termasuk perkhidmatan editing gambar.

Sekiranya pelanggan meminta gambar dibuang background, dimanipulasi, diretouch atau diedit secara khusus, caj tambahan mungkin dikenakan.

9. Penambahan Design, Section & Fungsi

Sebarang permintaan untuk menambah:

  • Design baharu
  • Section baharu
  • Page baharu
  • Custom function
  • Plugin atau sistem tambahan
  • Integrasi pihak ketiga
  • Fungsi yang tidak dinyatakan dalam pakej

mungkin dikenakan caj tambahan.

Harga akan bergantung kepada tahap kesukaran dan masa yang diperlukan.

10. Maintenance

Kos maintenance tidak termasuk dalam harga landing page.

Selepas website diserahkan, pemilik bisnes boleh membuat perubahan dan mengemaskini maklumat sendiri. Kami menyediakan video tutorial sebagai panduan untuk membantu anda mengedit maklumat seperti logo, nombor WhatsApp, alamat, social media, copywriting dan maklumat lain dalam landing page.

Pelanggan juga bertanggungjawab terhadap kemas kini WordPress, plugin, hosting dan aspek teknikal lain selepas website diserahkan.

Sekiranya anda tidak mahu membuat perubahan sendiri, anda boleh mendapatkan pakej maintenance daripada Jaring Digital. Pihak kami boleh membantu membuat perubahan atau kemas kini website berdasarkan skop pakej maintenance yang dipilih.

11. Kesilapan Selepas Pelanggan Membuat Edit

Pelanggan diberikan akses untuk mengubah kandungan website.

Sekiranya website mengalami error, rosak atau fungsi tertentu tidak berfungsi akibat perubahan yang dibuat oleh pelanggan atau pihak ketiga, kerja pembaikan mungkin dikenakan caj tambahan.

Jaring Digital tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan yang berpunca daripada perubahan, plugin atau konfigurasi yang dibuat selepas website diserahkan.

12. Tempoh Setup

Tempoh setup bergantung kepada:

  • Giliran tempahan
  • Kelengkapan maklumat pelanggan
  • Akses hosting dan WordPress
  • Bahan yang diperlukan
  • Jumlah revision

Kelewatan pelanggan dalam memberikan maklumat atau bahan yang diperlukan boleh menyebabkan tempoh siap menjadi lebih panjang.

13. Pembayaran

Semua pembayaran hendaklah dibuat melalui kaedah pembayaran yang disediakan di laman web.

Pesanan hanya akan diproses selepas pembayaran berjaya diterima dan disahkan.

14. Pembatalan & Refund

Oleh kerana landing page merupakan produk digital dan kerja setup akan dimulakan selepas pembayaran diterima, pembatalan atau refund tidak semestinya tersedia selepas proses kerja dimulakan.

Sebarang permintaan refund akan dinilai berdasarkan keadaan dan status kerja pada masa permintaan dibuat.

Pelanggan dinasihatkan membaca penerangan produk, skop pakej dan FAQ sebelum membuat pembelian.

15. Lesen & Penggunaan Design

Landing page yang dibeli adalah untuk kegunaan pelanggan yang membuat pembelian.

Pelanggan tidak dibenarkan menjual semula, mengedar, menggandakan atau memberikan design landing page tersebut kepada pihak lain sebagai produk atau template untuk dijual semula.

Pembelian landing page tidak memberikan hak kepada pelanggan untuk menjual semula design tersebut kepada orang lain.

16. Hak Milik Kandungan Pelanggan

Logo, gambar, teks dan bahan yang diberikan oleh pelanggan kekal menjadi tanggungjawab dan hak pelanggan masing-masing.

Pelanggan bertanggungjawab memastikan mereka mempunyai hak atau kebenaran untuk menggunakan bahan tersebut.

Jaring Digital tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan pihak ketiga berkaitan bahan yang diberikan oleh pelanggan.

17. Kandungan & Bahan Pihak Ketiga

Sesetengah design mungkin menggunakan gambar, icon, font, plugin atau bahan pihak ketiga yang tertakluk kepada lesen masing-masing.

Penggunaan bahan tersebut adalah tertakluk kepada syarat lesen pihak ketiga yang berkenaan.

18. SEO & Prestasi Website

Kami menyediakan struktur dan kandungan yang mengambil kira amalan SEO serta prestasi website.

Walau bagaimanapun, Jaring Digital tidak menjamin:

  • Website akan mendapat ranking tertentu di Google.
  • Website akan berada di halaman pertama Google.
  • Jumlah trafik tertentu.
  • Jumlah jualan atau leads tertentu.

Prestasi SEO dan pemasaran bergantung kepada pelbagai faktor di luar kawalan kami.

19. Backup & Hosting

Pelanggan bertanggungjawab memastikan backup website dan data dibuat secara berkala melalui hosting atau kaedah lain yang sesuai.

Jaring Digital tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan data yang berpunca daripada kegagalan hosting, server, plugin, tindakan pelanggan atau pihak ketiga.

20. Perubahan Terma & Syarat

Jaring Digital berhak mengubah atau mengemaskini Terma & Syarat ini pada bila-bila masa.

Sebarang perubahan akan dipaparkan di halaman ini.

21. Persetujuan

Dengan membuat pembelian melalui laman web Jaring Digital, pelanggan mengesahkan bahawa mereka telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat ini termasuk skop produk, batasan revision, caj kerja tambahan serta polisi berkaitan produk digital.

Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian Terma & Syarat ini, sila jangan membuat pembelian.

English

Last Updated: 7 August 2026

These Terms & Conditions govern your use of the Jaring Digital website and your purchase of products and services offered through our website.  By placing an order, you acknowledge that you have read, understood and agreed to these Terms & Conditions.

1. About Our Products

Jaring Digital provides ready-made WordPress landing pages designed for specific business niches. The products offered are single-page landing pages and are not full corporate or multi-page websites. Each landing page may have different layouts, designs, content and features depending on the product selected.

2. Package Scope

The landing page package includes the items stated on the respective product page.

Depending on the selected product, the package may include:

  • Custom WordPress theme
  • Landing page design
  • WordPress + Elementor
  • SEO copywriting
  • Design-related images
  • Blog
  • Theme Options Panel
  • Mobile responsive design
  • Landing page setup on the customer’s domain and hosting

Please review the product description and FAQ before purchasing to understand the exact scope of the selected product.

3. Domain & Hosting

Domain and hosting are not included in the landing page price unless otherwise stated on the product page.

Customers are responsible for providing their own domain and hosting.

If you request Jaring Digital to assist with obtaining a domain or hosting, any applicable costs will be communicated beforehand.

If a domain is registered on behalf of the customer, it will be registered using the customer’s name, email address and phone number.

Jaring Digital will not register the domain under our own name or personal information.

4. Single-Page Website

The purchased landing page is limited to one page.

If you require additional pages such as:

  • About Us
  • Services
  • Contact
  • Portfolio
  • Blog
  • FAQ
  • or other pages

additional charges may apply depending on the required work.

5. Website Setup

The landing page is not an auto-install product.

All installation and configuration are performed manually by Jaring Digital to ensure the landing page is properly installed and configured before delivery.

Customers must provide the required hosting, WordPress access or other information requested to complete the setup.

6. Customer Information & Materials

Customers are responsible for providing the information and materials required for setup, including:

  • Logo
  • Images
  • Company information
  • Product or service information
  • Phone number
  • WhatsApp number
  • Address
  • Social media links
  • Other relevant information

If you do not have a logo or certain materials, Jaring Digital may use temporary or suitable materials depending on the product scope.

Additional work such as logo design, image editing or creating new graphics may incur additional charges.

7. Revisions

Customers receive 3 free revisions for:

  • Copywriting changes
  • Image replacement

Free revisions do not include major changes to the design or structure of the landing page.

Examples of work not included:

  • Redesigning the overall layout
  • Changing the main design
  • Adding new sections
  • Adding new pages
  • Adding new functions
  • Major structural changes

Additional work will be charged based on the required scope.

8. Image Editing

Image editing is not included in the landing page price.

Requests such as background removal, retouching, manipulation, cropping or other custom image editing may incur additional charges.

9. Additional Design, Sections & Functions

Requests to add:

  • New designs
  • New sections
  • New pages
  • Custom functions
  • Additional plugins or systems
  • Third-party integrations
  • Features not included in the package

may incur additional charges.

Pricing will depend on the complexity and time required.

10. Maintenance

Maintenance is not included in the landing page price.

After the website has been delivered, business owners can make changes and update their own website. We provide video tutorials to guide you through editing information such as your logo, WhatsApp number, address, social media links, copywriting and other landing page content.

Customers are also responsible for WordPress, plugin, hosting and other technical updates after the website has been delivered.

If you prefer not to make the changes yourself, you may purchase a maintenance package from Jaring Digital. Our team can assist with website changes and updates based on the scope of the selected maintenance package.

11. Errors After Customer Edits

Customers are provided with access to edit their website.

If the website develops errors, breaks or certain functions stop working due to changes made by the customer or a third party, additional repair charges may apply.

Jaring Digital is not responsible for issues caused by customer modifications, third-party plugins or configurations made after the website has been delivered.

12. Setup Timeline

The setup period depends on:

  • Current order queue
  • Availability of customer information
  • Hosting and WordPress access
  • Required materials
  • Number of revisions

Delays in providing the required information or materials may extend the completion time.

13. Payment

All payments must be made through the payment methods available on our website.

Orders will only be processed after payment has been successfully received and verified.

14. Cancellation & Refunds

As the landing page is a digital product and setup work begins after payment is received, cancellation or refunds may not be available once work has commenced.

Any refund request will be reviewed based on the circumstances and status of the work at the time the request is made.

Customers are strongly advised to review the product description, package scope and FAQ before making a purchase.

15. Design License & Usage

The purchased landing page is intended for use by the customer who made the purchase.

Customers may not resell, redistribute, duplicate or provide the landing page design to another party as a product or template for resale.

Purchasing a landing page does not grant the customer the right to resell the design to others.

16. Ownership of Customer Content

Logos, images, text and other materials provided by the customer remain the responsibility and property of the respective customer.

Customers are responsible for ensuring that they have the necessary rights or permission to use such materials.

Jaring Digital is not responsible for third-party claims relating to materials supplied by the customer.

17. Third-Party Content & Materials

Some designs may use third-party images, icons, fonts, plugins or other materials that are subject to their respective licenses.

The use of such materials is subject to the applicable third-party license terms.

18. SEO & Website Performance

We provide website structures and content based on SEO practices and performance considerations.

However, Jaring Digital does not guarantee:

  • Specific Google rankings.
  • First-page Google rankings.
  • A specific amount of website traffic.
  • A specific number of sales or leads.

SEO and marketing performance depend on various factors beyond our control.

19. Backup & Hosting

Customers are responsible for maintaining regular backups of their website and data through their hosting provider or other appropriate methods.

Jaring Digital is not responsible for data loss caused by hosting failures, server issues, plugins, customer actions or third parties.

20. Changes to These Terms

Jaring Digital reserves the right to modify or update these Terms & Conditions at any time.

Any changes will be published on this page.

21. Acceptance

By making a purchase through the Jaring Digital website, the customer confirms that they have read, understood and agreed to these Terms & Conditions, including the product scope, revision limitations, additional charges and policies relating to digital products.

If you do not agree with any part of these Terms & Conditions, please do not make a purchase.