Pesanan Anda 0

Pesanan anda masih kosong!

Pilih landing page profesional yang sesuai untuk bisnes anda.

Refund Policy

Bahasa Melayu

Kemaskini Terakhir: 8 Ogos 2026

Polisi Pemulangan Bayaran ini menerangkan polisi Jaring Digital berkaitan pembatalan pesanan dan permohonan refund bagi produk serta perkhidmatan yang dibeli melalui laman web kami. Dengan membuat pembelian, anda dianggap telah membaca dan memahami polisi ini serta bersetuju dengan terma yang dinyatakan.

1. Produk Digital

Landing page yang ditawarkan oleh Jaring Digital merupakan produk digital yang melibatkan design, copywriting, konfigurasi dan proses setup. Oleh kerana kerja penyediaan boleh dimulakan selepas pembayaran diterima, refund tidak diberikan secara automatik selepas pesanan dibuat.

Kami menggalakkan pelanggan membaca penerangan produk, skop pakej, FAQ dan Terms & Conditions sebelum membuat pembelian.

2. Pembatalan Pesanan

Permintaan pembatalan boleh dibuat dengan menghubungi Jaring Digital secepat mungkin selepas pembayaran dibuat. Sekiranya proses setup atau kerja berkaitan pesanan belum dimulakan, permintaan pembatalan boleh dipertimbangkan oleh pihak kami. Sekiranya kerja telah dimulakan, pembatalan dan refund mungkin tidak dapat diberikan.

3. Refund Selepas Kerja Dimulakan

Sekiranya proses setup, design, copywriting atau konfigurasi telah dimulakan, bayaran mungkin tidak boleh dikembalikan kerana kerja dan sumber telah diperuntukkan untuk pesanan tersebut. Sebarang permintaan refund selepas kerja dimulakan akan dinilai berdasarkan keadaan dan status kerja pada masa permintaan dibuat.

4. Tidak Seperti Yang Dijangka

Pelanggan bertanggungjawab membaca penerangan produk, melihat preview dan memahami skop landing page sebelum membuat pembelian. Landing page yang dibeli adalah single page dan bukan full website yang mempunyai banyak halaman. Perbezaan antara jangkaan pelanggan dengan skop produk yang telah dinyatakan pada halaman produk, FAQ atau Terms & Conditions tidak secara automatik melayakkan pelanggan menerima refund.

5. Revision

Setiap produk mempunyai skop revision yang dinyatakan pada halaman produk. Untuk produk yang menawarkan 3 kali free revision, revision tersebut digunakan untuk perubahan copywriting dan penukaran gambar mengikut skop yang ditetapkan. Pelanggan tidak boleh meminta refund hanya kerana tidak mahu menggunakan revision yang disediakan. Sebarang major changes, penambahan section, halaman, design atau fungsi mungkin dikenakan caj tambahan.

6. Masalah Teknikal

Sekiranya terdapat masalah teknikal atau kesilapan yang berpunca daripada proses pemasangan atau konfigurasi yang dilakukan oleh Jaring Digital, sila hubungi kami terlebih dahulu. Kami akan cuba membaiki atau menyelesaikan masalah tersebut sebelum sebarang pertimbangan refund dibuat. Sekiranya masalah berpunca daripada perubahan yang dibuat oleh pelanggan, pihak ketiga, plugin tambahan, hosting atau konfigurasi selepas website diserahkan, ia tidak dianggap sebagai kesilapan pemasangan oleh Jaring Digital.

7. Pelanggan Tidak Memberikan Maklumat

Pelanggan bertanggungjawab memberikan maklumat, bahan dan akses yang diperlukan untuk proses setup. Kelewatan atau kegagalan pelanggan memberikan bahan seperti logo, gambar, maklumat bisnes atau akses hosting tidak secara automatik melayakkan pelanggan menerima refund. Sekiranya diperlukan, proses setup mungkin ditangguhkan sehingga maklumat yang diperlukan diterima.

8. Tempahan Yang Telah Siap

Setelah landing page siap dipasang dan diserahkan untuk semakan, refund tidak akan diberikan hanya kerana pelanggan berubah fikiran atau tidak lagi memerlukan website tersebut. Pelanggan digalakkan menggunakan proses revision yang disediakan untuk membuat perubahan yang diperlukan mengikut skop pakej.

9. Permintaan Refund

Sebarang permintaan refund hendaklah dibuat melalui saluran rasmi Jaring Digital dengan menyatakan:

  • Nama pelanggan
  • Nombor pesanan
  • Tarikh pembelian
  • Sebab permintaan refund
  • Maklumat lain yang berkaitan

Setiap permintaan akan dinilai berdasarkan polisi ini dan keadaan sebenar pesanan.

10. Kaedah Refund

Sekiranya refund diluluskan, refund akan diproses melalui kaedah pembayaran atau saluran yang sesuai bergantung kepada transaksi asal. Tempoh refund diterima mungkin bergantung kepada payment gateway, bank atau institusi kewangan yang terlibat.

11. Perubahan Polisi

Jaring Digital berhak mengemaskini Polisi Pemulangan Bayaran ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dipaparkan pada halaman ini bersama tarikh kemaskini terkini.

English

Last Updated: 8 August 2026

This Refund Policy explains Jaring Digital’s policy regarding order cancellations and refund requests for products and services purchased through our website. By making a purchase, you acknowledge that you have read, understood and agreed to this policy.

1. Digital Products

The landing pages offered by Jaring Digital are digital products that involve design, copywriting, configuration and setup work. As work may begin after payment is received, refunds are not automatically provided after an order has been placed. Customers are encouraged to review the product description, package scope, FAQ and Terms & Conditions before making a purchase.

2. Order Cancellation

Cancellation requests should be submitted to Jaring Digital as soon as possible after payment has been made. If the setup or other work related to the order has not yet started, the cancellation request may be considered. Once work has started, cancellation and refunds may no longer be available.

3. Refunds After Work Has Started

Once setup, design, copywriting or configuration work has started, the payment may be non-refundable as time and resources have already been allocated to the order. Any refund request made after work has started will be reviewed based on the circumstances and status of the order.

4. If the Product Is Not What You Expected

Customers are responsible for reviewing the product description, preview and package scope before making a purchase. The purchased landing page is a single-page website and is not a full multi-page website. A difference between the customer’s expectations and the product scope stated on the product page, FAQ or Terms & Conditions does not automatically qualify the customer for a refund.

5. Revisions

Each product has its own revision scope as stated on the product page. For products that include 3 free revisions, these revisions are intended for copywriting changes and image replacement within the stated scope. Customers cannot request a refund simply because they choose not to use the available revisions. Major changes, additional sections, pages, designs or functions may incur additional charges.

6. Technical Issues

If there is a technical issue or error caused by the installation or configuration performed by Jaring Digital, please contact us first. We will make reasonable efforts to fix or resolve the issue before considering any refund. Issues caused by customer modifications, third-party services, additional plugins, hosting or configurations made after delivery are not considered installation errors caused by Jaring Digital.

7. Failure to Provide Required Information

Customers are responsible for providing the information, materials and access required for the setup process. Delays or failure to provide materials such as logos, images, business information or hosting access do not automatically qualify the customer for a refund. The setup process may be delayed until the required information is provided.

8. Completed Orders

Once the landing page has been completed, installed and submitted for review, refunds will not be provided simply because the customer changes their mind or no longer requires the website. Customers are encouraged to use the available revision process to request changes within the package scope.

9. Refund Requests

Refund requests must be submitted through an official Jaring Digital communication channel and should include:

  • Customer name
  • Order number
  • Purchase date
  • Reason for the refund request
  • Other relevant information

Each request will be reviewed based on this policy and the circumstances of the order.

10. Refund Method

If a refund is approved, it will be processed through the appropriate payment method or channel depending on the original transaction. The time required to receive the refund may depend on the payment gateway, bank or financial institution involved.

11. Changes to This Policy

Jaring Digital reserves the right to update this Refund Policy from time to time. Any changes will be published on this page together with the latest update date.